Tafsir Surah Al-Kahf 18:14
﴿وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَٰهًا لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا﴾
Terjemahan makna
Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”
Malay Translation - Abdullah Basumayyah — v1.0.0 · QuranEnc.comKata-kata kedua-dua imam dipaparkan dalam bahasa Arab asal, kata demi kata, berserta rujukan.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah
{لن ندعو من دونه إلها} أي: لن نعبد غيره.«مجموع الفتاوى» 15/15