Tafsir Surah An-Noor 24:47

﴿وَيَقُولُونَ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالرَّسُولِ وَأَطَعْنَا ثُمَّ يَتَوَلَّىٰ فَرِيقٌ مِّنْهُم مِّن بَعْدِ ذَٰلِكَ وَمَا أُولَٰئِكَ بِالْمُؤْمِنِينَ﴾

Terjemahan makna

Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: “Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat”; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman.

Malay Translation - Abdullah Basumayyah — v1.0.0 · QuranEnc.com

Kata-kata kedua-dua imam dipaparkan dalam bahasa Arab asal, kata demi kata, berserta rujukan.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah

فعلم أن " التولي " ليس هو التكذيب بل هو التولي عن الطاعة فإن الناس عليهم أن يصدقوا الرسول فيما أخبر ويطيعوه فيما أمر.«مجموع الفتاوى» 7/142
Buka dalam tafsir interaktif (teks penuh)
Ayat sebelumnya (24:45)Ayat seterusnya (24:49)